Penggunaan Stablecoin dalam Trading Cryptocurrency

Dalam trading cryptocurrency yang sentiasa berubah-ubah, stablecoin (koin stabil) muncul sebagai penyelesaian yang ideal. Stablecoin ialah sejenis cryptocurrency yang direka untuk mengekalkan nilai stabil dengan mengaitkannya pada aset seperti dolar AS, emas, atau mata wang fiat lain. 

Stablecoin menawarkan kestabilan yang tidak terdapat pada cryptocurrency lain seperti Bitcoin atau Ethereum.

 

Kelebihan Penggunaan Stablecoin

Penggunaan stable coin dalam trading cryptocurrency menawarkan banyak kelebihan. Beberapa di antaranya ialah:

1. Mengurangkan Volatiliti

Volatiliti harga yang tinggi menjadi salah satu cabaran terbesar dalam trading cryptocurrency. Stable coin membantu pedagang melindungi nilai aset mereka daripada perubahan pasaran yang drastik. Ini penting terutama semasa melakukan transaksi besar atau menyimpan nilai untuk jangka masa panjang.

2. Meningkatkan Kecekapan Transaksi

Stable coin menjadikan transaksi kripto lebih cekap dan pantas. Nilainya yang stabil membolehkan stable coin digunakan sebagai medium pertukaran yang boleh dipercayai, mengurangkan masa dan kos yang berkaitan dengan penukaran antara pelbagai cryptocurrency.

3. Kestabilan Nilai Tukar

Dalam perdagangan antarabangsa, koin stabil dapat mengekalkan kestabilan nilai tukar. Ini sangat berguna bagi perniagaan yang beroperasi di pelbagai negara dengan mata wang yang berbeza. Penggunaan koin stabil membantu mereka mengelakkan risiko nilai tukar yang berubah-ubah.

Jenis-Jenis Stablecoin

Terdapat beberapa jenis koin stabil di pasaran, masing-masing dengan mekanisme penjaminan yg berbeza. Berikut tiga jenis utama koin stabil:

1. Berasaskan Fiat

Koin stabil jenis ini disokong oleh cadangan mata wang fiat seperti dolar AS. Contohnya ialah USDT (Tether) dan USDC (USD Coin). Nilai koin stabil ini dipatok satu banding satu dengan mata wang fiat yg menyokongnya.

2. Berasaskan Kripto

Koin stabil jenis ini disokong oleh aset kripto lain. Contohnya ialah DAI, yg disokong oleh Ethereum sebagai jaminan. Walaupun lebih kompleks, koin stabil ini menawarkan desentralisasi yg lebih tinggi.

3. Berasaskan Komoditi

Stable coin ini disokong oleh komoditi fizikal seperti emas. Contohnya ialah PAX Gold (PAXG). Nilai stable coin ini berkait terus dengan harga komoditi yg menyokongnya.

Cabaran dan Risiko

Meskipun stable coin menawarkan banyak kelebihan, beberapa cabaran dan risiko perlu diambil kira:

1. Regulasi

Regulasi mengenai stable coin masih berkembang dan berbeza di setiap negara. Ini boleh menimbulkan ketidakpastian bagi pengguna dan penerbit stable coin.

2. Risiko Teknologi

Seperti semua cryptocurrency, stable coin juga terdedah kepada risiko teknologi seperti penggodaman dan kegagalan sistem. Penting untuk memilih stable coin dengan rekod keselamatan yg baik.

3. Ketergantungan pada Cadangan

Stable coin yg disokong oleh mata wang fiat atau komoditi bergantung pada keberadaan cadangan yg mencukupi. Kurangnya ketelusan atau audit yg tidak mencukupi boleh menimbulkan risiko kepercayaan.